Friday, August 22, 2008

Seimbas lalu di Permatang Pauh

Terdetik dihati ni nak citer skit psl pilihanraya yg hangat n panas sekarang ni..ape lagi kalo bkn di permatang pauh.kedua2 parti sibuk bkempen memenangkan parti masing2 dan dalam masa ni jugak macam2 perkara yg terjadi.tengok sajela kat media masa seperti tv & akhbar,diorang pun sebok berkempen.kekadang tu terasa macam berpihak kat sebelah pihak jer..aku sbg pemerhati rasa macam tak adil bg pihak lain.tapi bagi aku ia tak mustahil pun,sebab dari dulu hingga sekarang ni pihak media ni memang rakus & selalu jadi orang suruhan kerajaan.buat cerita bohong & palsu memang kerja diorang,asal akhbar diorang ni laku.padahal nk buat sesuatu statement tu bukan nak selidik dulu.bila tau statement diorang salah bukan nak reti minta maap..senang citer tak payahla nak percaya sangat dengan media masa sekarang ni.

Sebagai pemerhati,aku rasa terkilan kkdg tersenyum ssorang jugak..mana taknya,ade jer propa yg dibuat2 oleh kerajaan.gelihati aku,time pilihanraya camnila baru nak terhegeh-hegeh buat ni buat tu..time bukan pilihanraya,makan duit rakyat,menyusahkan
rakyat.entahla,aku rasa diorang ni sebenarnya yang talam 2 muka.jangan nk tipula kalau isu sumpah,penahanan exco perak dan penurunan harga minyak bukan bermotifkan politik.ia lebih untuk memancing undi dan memburukkan kerajaan pakatan rakyat.rakyat lebih paham,usahla nak tipu lagi.utk pengetahuan,pakatan rakyat telah menang sekali lagi kerana hasil usaha & tekanan yg diberi akhirnya harga minyak turun juga.tapi aku percaya walaupun minyak turun tapi harga barang tetap takkan turun.

Untuk Permatang Pauh,kami dalam pakatan rakyat sentiasa dibelakang anda semua..seperti bak kata pimpinan kami.janganlah dirobohkan jambatan yg dibina ini,kita bersatu atas satu tanggungjawab yg sama.tambahkanlah kekuatan n satukanlah ikatan ini.kitalah yang akan memimpin rakyat kearah negara yang adil,amanah & berkebajikan..salam perjuangan dariku,takbir....

Friday, August 1, 2008

PAS dalam Pakatan Rakyat

Pertama kali dalam sejarah politik tanahair kita telah dikejutkan dgn kemenangan yg amat membanggakan,kemenangan ini hasil daripada kerjasama dari semua Parti komponen pembangkang terutamanya dari Parti PAS itu sendiri..
Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah teras kepada komponen barisan parti pembangkang,sehingga pilihanraya ke12.Parti ini mempunyai sejarah perjuangan politik yg panjang untuk menyaingi parti BN.kita lihat saja dalam pilihanraya yg ke12 lalu,landskap politik negara berubah apabila Parti komponen pembangkang telah menawan 5 buah negeri & bersetuju memperkenalkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat.
Apa yang aku kesalkan sekarang ni,selepas 100 hari pakatan rakyat memerintah di setiap negeri.telah wujud ketidakseimbangan dan senketa tidak ketara dalam PAS,DAP & PKR.Contohnya di negeri perak,kepemimpinan PAS mulai dilihat menghadapi masalah dalaman terutamanya dengan beberapa tuntutan kepentingan kaum dari kalangan pimpinan DAP.walaupun Menteri Besar Perak cuba mempertahankan isu pemberian tanah kpd kaum cina atas dasar keadilan namun permintaan melampau dari pimpinan DAP sehingga kpd 999 tahun begitu mengguris perasaan orang Melayu.
Begitu juga di Selangor,PAS yang bertindak tegas dgn sebarang konsert yg dianjurkan di negeri tersebut terasa seolah-olah keberasingan peranan dalam Pakatan Rakyat.Apakah kepimpinan PKR yg diketuai Tan Sri Khalid Samad tidak melihat aspek moral sepertimana yang diperjuangkan oleh PAS sbg rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat?
Isu dalaman Pakatan Rakyat mula diperkatakan apabila Presiden PAS,Dato Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa terhadap seseorang mahupun Parti komponen lainnya yg ada menyebut "saya lihat inilah yg menyebabkan perubahan dalam pilihanraya ke12 yg telah memberi kemenangan kpd PAS dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat.Perlu sedar PAS yang paling banyak cawangan,PAS yg paling banyak bekerja dlm pilihanraya ke12.jadi selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini,sebab orang PAS bukan bodoh!"
Saya nak tau,apakah wujud sikap kepemimpinan PKR dan DAP memandang rendah kewibawaan dan kepemimpinan PAS sehingga Presiden PAS menyebut orang PAS bukan bodoh!apakah wujud sikap sinikal ini dlm keadaan Pakatan Rakyat sedang berkuasa sekarang sehingga mereka tidak menyedari bahawa PAS adalah sebuah Parti yang lama dalam sejarah perjuangan.
Kita lihat sajalah dalam pilihanraya,jentera PAS adalah yg paling ramai dan komited berbanding Parti2 komponen lain dalam pembangkang.bukan sahaja utk menghadapi pilihanraya umum @ kecil semata-mata,sebalinya aktiviti harian yang berpanjangan.Di setiap kawasan dan tempat,wujud pelbagai aktiviti yg dianjurkan oleh PAS seperti gotong royong,majlis ilmu,aqiqah dll.walaupun seketika ini tiada satu pun parti pembangkang yang menang,sekurang2nya wujud sekolah PASTI bagi membuktikan wujudnya PAS di sesuatu kawasan.
Mungkin ada sesetengah org mengatakan,kemenangan PAS kali ini adalah disebabkan masalh dalaman di dalam UMNO itu sendiri..dan PAS dikatakan "menangguk di air yg keruh"dan dikatakan tidak ada kekuatan secara bersendirian.ada pihak telah memberi bukti dan data tanpa krisis dalaman UMNO ini PAS tidak akan menang dalam pilihanraya umum @ kecil.
Apa yang ingin saya bagitahu,mungkin ada sesetengah pihak terlupa bahawa ketika menikmati kejayaan dan kemenangan ini.majoriti ahli dan Kepemimpinan PAS menghadapi pelbagai keperitan dan tekanan hidup.Guru ditukar sekolah,kakitangan kerajaan ditukar jabatan,peniaga tidak mandapat kemudahan kedai,dibuang dari kerja,dianaktirikan dan yang paling hebat menghadapi ISA.perjuangan ini adalah jelas bukan sekadar untuk pilihanraya dan kuasa semata2.
Dan untuk bekas ahli pemimpin UMNO dan ahli2 dalam Pakatan Rakyat yang mendapat kuasa sebagai pemimpin pembangkang.apalah salahnya memberi sedikit nikmat bersama kepada ahli dan Pemimpin PAS.tiada siapa yg rugi!