Friday, August 1, 2008

PAS dalam Pakatan Rakyat

Pertama kali dalam sejarah politik tanahair kita telah dikejutkan dgn kemenangan yg amat membanggakan,kemenangan ini hasil daripada kerjasama dari semua Parti komponen pembangkang terutamanya dari Parti PAS itu sendiri..
Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah teras kepada komponen barisan parti pembangkang,sehingga pilihanraya ke12.Parti ini mempunyai sejarah perjuangan politik yg panjang untuk menyaingi parti BN.kita lihat saja dalam pilihanraya yg ke12 lalu,landskap politik negara berubah apabila Parti komponen pembangkang telah menawan 5 buah negeri & bersetuju memperkenalkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat.
Apa yang aku kesalkan sekarang ni,selepas 100 hari pakatan rakyat memerintah di setiap negeri.telah wujud ketidakseimbangan dan senketa tidak ketara dalam PAS,DAP & PKR.Contohnya di negeri perak,kepemimpinan PAS mulai dilihat menghadapi masalah dalaman terutamanya dengan beberapa tuntutan kepentingan kaum dari kalangan pimpinan DAP.walaupun Menteri Besar Perak cuba mempertahankan isu pemberian tanah kpd kaum cina atas dasar keadilan namun permintaan melampau dari pimpinan DAP sehingga kpd 999 tahun begitu mengguris perasaan orang Melayu.
Begitu juga di Selangor,PAS yang bertindak tegas dgn sebarang konsert yg dianjurkan di negeri tersebut terasa seolah-olah keberasingan peranan dalam Pakatan Rakyat.Apakah kepimpinan PKR yg diketuai Tan Sri Khalid Samad tidak melihat aspek moral sepertimana yang diperjuangkan oleh PAS sbg rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat?
Isu dalaman Pakatan Rakyat mula diperkatakan apabila Presiden PAS,Dato Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa terhadap seseorang mahupun Parti komponen lainnya yg ada menyebut "saya lihat inilah yg menyebabkan perubahan dalam pilihanraya ke12 yg telah memberi kemenangan kpd PAS dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat.Perlu sedar PAS yang paling banyak cawangan,PAS yg paling banyak bekerja dlm pilihanraya ke12.jadi selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini,sebab orang PAS bukan bodoh!"
Saya nak tau,apakah wujud sikap kepemimpinan PKR dan DAP memandang rendah kewibawaan dan kepemimpinan PAS sehingga Presiden PAS menyebut orang PAS bukan bodoh!apakah wujud sikap sinikal ini dlm keadaan Pakatan Rakyat sedang berkuasa sekarang sehingga mereka tidak menyedari bahawa PAS adalah sebuah Parti yang lama dalam sejarah perjuangan.
Kita lihat sajalah dalam pilihanraya,jentera PAS adalah yg paling ramai dan komited berbanding Parti2 komponen lain dalam pembangkang.bukan sahaja utk menghadapi pilihanraya umum @ kecil semata-mata,sebalinya aktiviti harian yang berpanjangan.Di setiap kawasan dan tempat,wujud pelbagai aktiviti yg dianjurkan oleh PAS seperti gotong royong,majlis ilmu,aqiqah dll.walaupun seketika ini tiada satu pun parti pembangkang yang menang,sekurang2nya wujud sekolah PASTI bagi membuktikan wujudnya PAS di sesuatu kawasan.
Mungkin ada sesetengah org mengatakan,kemenangan PAS kali ini adalah disebabkan masalh dalaman di dalam UMNO itu sendiri..dan PAS dikatakan "menangguk di air yg keruh"dan dikatakan tidak ada kekuatan secara bersendirian.ada pihak telah memberi bukti dan data tanpa krisis dalaman UMNO ini PAS tidak akan menang dalam pilihanraya umum @ kecil.
Apa yang ingin saya bagitahu,mungkin ada sesetengah pihak terlupa bahawa ketika menikmati kejayaan dan kemenangan ini.majoriti ahli dan Kepemimpinan PAS menghadapi pelbagai keperitan dan tekanan hidup.Guru ditukar sekolah,kakitangan kerajaan ditukar jabatan,peniaga tidak mandapat kemudahan kedai,dibuang dari kerja,dianaktirikan dan yang paling hebat menghadapi ISA.perjuangan ini adalah jelas bukan sekadar untuk pilihanraya dan kuasa semata2.
Dan untuk bekas ahli pemimpin UMNO dan ahli2 dalam Pakatan Rakyat yang mendapat kuasa sebagai pemimpin pembangkang.apalah salahnya memberi sedikit nikmat bersama kepada ahli dan Pemimpin PAS.tiada siapa yg rugi!

No comments: