Friday, November 7, 2008

Perihal 'serigala lapar' yang berebut rezeki dalam Umno

'JANGAN cakap saja, bawa bukti', kata Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ekoran kenyataan beberapa calon yang mahu bertanding pelbagai jawatan tertinggi parti, kononnya mereka disekat, dihalang dan disabotaj oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Terbaru, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, menjelang minggu terakhir mesyuarat bahagian-bahagian Umno, ada pihak-pihak tertentu berusaha menyekat pencalonan dibuat terhadapnya bagi mencukupkan quota, melayakkannya bertanding.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail mendakwa, aduan sudah diterimanya terhadap calon-calon yang bertanding menggunakan wang sebagai umpan mendapatkan pencalonan termasuk yang menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden.
Apa yang menarik, jika ada calon-calon yang 'terperangkap' dengan politik wang dan kesalahan menyekat pencalonan dibuat terhadap calon selain dari dirinya, maka kemungkinan hanya seorang sahaja calon yang layak bertanding kerusi Timbalan Presiden, menjadikan dia menang tanpa bertanding!

Lebih mengejutkan, Lembaga Disiplin turut menyebut, calon-calon Naib Presiden, juga turut diadukan kepadanya terlibat menggunakan wang yang banyak untuk mencari pencalonan.
Tentulah, aduan itu 'berasas' kerana jika tidak, mustahil Tengku Ahmad Ritahauddeen mahu mengeluarkan kenyataan itu, sebelum ianya dipastikan berasas.

Ramai di luar, sedang menanti dengan penuh minat, siapakah di kalangan calon-calon Timbalan Presiden kali ini yang bakal 'dihalang' oleh Lembaga Disiplin Umno dari bertanding kerana, setiap ahli yang dikenakan tindakan hilang kelayakkan dipilih dan memilih.
Tentulah, mereka yang sudah menerima habuan, terasa mudah untuk 'tidak perlu terikat' dengan sesiapa, kerana 'orang yang menghulurkan wang kepada mereka' sudah dikenakan tindakan.

Jika tidak, penerima wang dan habuan termasuk gelaran Dato' yang lazimnya 'banyak' apabila tiba musim pemilihan parti, mestilah 'tahu membalas budi'.
Sebenarnya, kisah sekat-menyekat ini sudah lama berlaku. Bukan sahaja di di kalangan calon-calon Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden, tetapi turut berlaku di bahagian-bahagian, yang selama ini, tiada siapa mengambil peduli mengenainya.
Itulah sebabnya, Umno semakin hari semakin mengecil, hilang sokongan dan kalah dalam pilihan raya.

Kalau ada orang mengadu dengan Muhammad, telah berlaku sekat-menyekat di bahagian-bahagian tertentu, sebagai anggota Jawatankuasa Pengurusan Umno (atas kedudukannya sebagai Ketua Penerangan), apakah beliau akan bertindak untuk menyiasat atau memanjangkan aduan itu kepada Ibu Pejabat Umno?

Masalah dalam Umno ialah, budaya pentingkan diri sendiri, mengatasi kepentingan umum. Mereka yang berjawatan tinggi, hanya hendak berhubung dengan penyandang jawatan Ketua Bahagian tanpa memperdulikan mereka yang tidak berjawatan.
Apabila mereka yang tidak berjawatan dapat menewaskan penyandang, aduan penyandang pula tidak diperdulikan kerana peyandang sudah tewas.

Inilah yang berlaku, kecuali dalam kes Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, seperti ada 'segerombolan serigala mengejar seekor biri-biri' hingga 'hancur Mohd Isa' mereka kerjakan.
Hari ini, segerombolan serigala itu sudah berpecah-belah. Masing-masing mahu menguasai puncak bukit yang masih ada saki baki rezeki yang perlu direbut untuk kroni dan saudara mara mereka.

Ini yang menyebabkan serigala-serigala ini 'bergaduh' sesama sendiri, termasuklah cerita kononnya Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak mendapat pencalonan disebabkan tidak menyogok wang.

Sepatutnya, Lembaga Disiplin tidak bergerak seperti 'orang atas kerusi roda' yang memerlukan orang lain membantu menolaknya untuk bergerak, sebaliknya bertindak pro aktif dengan menyeret mereka yang membuat kenyataan tanpa bukti ke lembaga itu, untuk disiasat, mengapa mereka membuat tuduhan sesuka hati, tanpa membawa bukti ke Ibu Pejabat parti!
Antara yang berulang-ulang bercakap isu yang sama ialah seorang calon Naib Presiden, Dato' Seri Dr Rais Yatim yang terlalu sukar untuk mendapat pencalonan walaupun, dia digambarkan sebagai pakar perlembagaan negara.

Sebelum ini, tulisan-tulisannya termasuk yang menyentuh tentang musang berbulu ayam dan akan gugur seperti nangka busuk, gagal menarik minat bahagian-bahagian supaya mencalonkannya sebagai salah seorang Naib Presiden.

Dalam kes Dato' Seri Azalina Othman, tafsiran 'pelan peralihan kuasa' dalam Pergerakan Wanita Umno, boleh ditafsirkan sebagai 'usaha menyekat' orang lain (termasuk orang luar dari kalangan Pergerakan itu) dari menyertai Wanita Umno.

Tidak hairanlah, kalau Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Dato' Kamalia Ibrahim beregu untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan naib, Tan Sri Rafidah Aziz dijangka tidak ada masalah untuk 'membuka laluan' tetapi jika Azalina 'mendapat pencalonan mencukupi untuk kerusi Naib Ketua Pergerakan Wanita, Rafidah dijangka tidak akan 'membenarkan' Azalina menjadi calon naib walaupun menentang Shahrizat atau Kamalia.

Azalina sebagai seorang Menteri mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan Shahrizat dan Kamalia yang bukan dari kalangan YB.
Tugas Muhammad sekarang, jika mendapat cukup atau tidak pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden, haruslah membawa bukti ke Ibu Pejabat Umno, supaya tindakan mengikut saluran seperti yang dikatakan Tengku Adnan boleh diambil.

Jika tidak, Lembaga Disiplin seharusnya menjalankan siasatan dan menyeret Muhammad ke Lembaga Disiplin bersama Rais Yatim yang bercakap isu yang sama - jika dibiarkan akan menyebabkan keyakinan ahli terhadap parti, merosot.

Ihsan dari Harakah

Friday, October 10, 2008

Merebut Jawatan

Sekarang bermula perang untuk orang-orang yang kat atas sana merebut jawatan tertinggi dalam parti..sehinggakan 1 jawatan mempunyai 4,5 calon.tersenyum aku bila melihat telatah diorang ni,bukan apa..yang aku belek dan pahamla.calon-calon yang ada ni selalunya muka2 yang bermasalah,kes rasuahla..bawak duit larila,macam-macam lagila kes diorang.tapi yang paling buat aku gelak bila bekas menteri besar aku calonkan diri dia bertanding dalam ketua pemuda UMNO..bukan dia tak mampu atau tak layak,tapi biarlah yang betul real nampak macam pemuda kan.barula masa perhimpunan pemuda nanti ada semangat nak keluarkan keris berpuaka tu..


kes si najib ni lain pulak,rupanya ada jugak yang tak suka dia memimpin negara kita ni kan.aku hormat diorang ni sebagai pemimpin dan orang tua tapi biarlah pemimpin kita ni betul-betul bersih dari dosa.sebagai rakyat dan duduk dalam negara ni,mahu tak mahu kita terbabit jika terus menyokong orang yang dah banyak melakukan dosa.so,apa yang kita nak jawab bila kita dah mati nanti.jadi renung-renungkanlah,apa salahnya kerajaan yang ada ni buat perubahan,kenapa nak rasa takut jika benar Pakatan Rakyat sudah mempunyai cukup kerusi untuk memimpin negara.berilah mereka peluang,jika mereka tak boleh menjalankan kerja dengan baik..rakyat boleh menilainya dalam pilihanraya nanti.


Sesiapa pun yang memerintah @ memimpin negara ni,aku kalau boleh biarlah yang betul-betul ingin menegakkan islam..hanya itu yang aku harapkan.

Sunday, September 28, 2008

Tinggal tanda tanya..

Artikel ni ditulis oleh saudara azmin ali selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh segelintir manusia yg tidak dikenali yang mengatakan bahwa saudara azmin ali telah meletakkan jawatan sebagai ahli PKR.tp masih lagi menjadi tanda tanya,siapakah agaknya manusia yang telah menceroboh blog tersebut?dan siapakah orangnya yang telah menulis artikel seperti dibawah :

Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabagsa dan Ahli Parlimen Gombak. Saya sudah bosan. Anda boleh merujuk di http://blog.azminali.com/

Posting ini telah diubah pada pukul 2.05 seperti berikut :- Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak. PC akan menyusul.

Perkataan saya sudah bosan diganti dengan perkataan PC akan menyusul.

siapakah agaknya yang main-main ni?

Friday, August 22, 2008

Seimbas lalu di Permatang Pauh

Terdetik dihati ni nak citer skit psl pilihanraya yg hangat n panas sekarang ni..ape lagi kalo bkn di permatang pauh.kedua2 parti sibuk bkempen memenangkan parti masing2 dan dalam masa ni jugak macam2 perkara yg terjadi.tengok sajela kat media masa seperti tv & akhbar,diorang pun sebok berkempen.kekadang tu terasa macam berpihak kat sebelah pihak jer..aku sbg pemerhati rasa macam tak adil bg pihak lain.tapi bagi aku ia tak mustahil pun,sebab dari dulu hingga sekarang ni pihak media ni memang rakus & selalu jadi orang suruhan kerajaan.buat cerita bohong & palsu memang kerja diorang,asal akhbar diorang ni laku.padahal nk buat sesuatu statement tu bukan nak selidik dulu.bila tau statement diorang salah bukan nak reti minta maap..senang citer tak payahla nak percaya sangat dengan media masa sekarang ni.

Sebagai pemerhati,aku rasa terkilan kkdg tersenyum ssorang jugak..mana taknya,ade jer propa yg dibuat2 oleh kerajaan.gelihati aku,time pilihanraya camnila baru nak terhegeh-hegeh buat ni buat tu..time bukan pilihanraya,makan duit rakyat,menyusahkan
rakyat.entahla,aku rasa diorang ni sebenarnya yang talam 2 muka.jangan nk tipula kalau isu sumpah,penahanan exco perak dan penurunan harga minyak bukan bermotifkan politik.ia lebih untuk memancing undi dan memburukkan kerajaan pakatan rakyat.rakyat lebih paham,usahla nak tipu lagi.utk pengetahuan,pakatan rakyat telah menang sekali lagi kerana hasil usaha & tekanan yg diberi akhirnya harga minyak turun juga.tapi aku percaya walaupun minyak turun tapi harga barang tetap takkan turun.

Untuk Permatang Pauh,kami dalam pakatan rakyat sentiasa dibelakang anda semua..seperti bak kata pimpinan kami.janganlah dirobohkan jambatan yg dibina ini,kita bersatu atas satu tanggungjawab yg sama.tambahkanlah kekuatan n satukanlah ikatan ini.kitalah yang akan memimpin rakyat kearah negara yang adil,amanah & berkebajikan..salam perjuangan dariku,takbir....

Friday, August 1, 2008

PAS dalam Pakatan Rakyat

Pertama kali dalam sejarah politik tanahair kita telah dikejutkan dgn kemenangan yg amat membanggakan,kemenangan ini hasil daripada kerjasama dari semua Parti komponen pembangkang terutamanya dari Parti PAS itu sendiri..
Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah teras kepada komponen barisan parti pembangkang,sehingga pilihanraya ke12.Parti ini mempunyai sejarah perjuangan politik yg panjang untuk menyaingi parti BN.kita lihat saja dalam pilihanraya yg ke12 lalu,landskap politik negara berubah apabila Parti komponen pembangkang telah menawan 5 buah negeri & bersetuju memperkenalkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat.
Apa yang aku kesalkan sekarang ni,selepas 100 hari pakatan rakyat memerintah di setiap negeri.telah wujud ketidakseimbangan dan senketa tidak ketara dalam PAS,DAP & PKR.Contohnya di negeri perak,kepemimpinan PAS mulai dilihat menghadapi masalah dalaman terutamanya dengan beberapa tuntutan kepentingan kaum dari kalangan pimpinan DAP.walaupun Menteri Besar Perak cuba mempertahankan isu pemberian tanah kpd kaum cina atas dasar keadilan namun permintaan melampau dari pimpinan DAP sehingga kpd 999 tahun begitu mengguris perasaan orang Melayu.
Begitu juga di Selangor,PAS yang bertindak tegas dgn sebarang konsert yg dianjurkan di negeri tersebut terasa seolah-olah keberasingan peranan dalam Pakatan Rakyat.Apakah kepimpinan PKR yg diketuai Tan Sri Khalid Samad tidak melihat aspek moral sepertimana yang diperjuangkan oleh PAS sbg rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat?
Isu dalaman Pakatan Rakyat mula diperkatakan apabila Presiden PAS,Dato Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa terhadap seseorang mahupun Parti komponen lainnya yg ada menyebut "saya lihat inilah yg menyebabkan perubahan dalam pilihanraya ke12 yg telah memberi kemenangan kpd PAS dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat.Perlu sedar PAS yang paling banyak cawangan,PAS yg paling banyak bekerja dlm pilihanraya ke12.jadi selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini,sebab orang PAS bukan bodoh!"
Saya nak tau,apakah wujud sikap kepemimpinan PKR dan DAP memandang rendah kewibawaan dan kepemimpinan PAS sehingga Presiden PAS menyebut orang PAS bukan bodoh!apakah wujud sikap sinikal ini dlm keadaan Pakatan Rakyat sedang berkuasa sekarang sehingga mereka tidak menyedari bahawa PAS adalah sebuah Parti yang lama dalam sejarah perjuangan.
Kita lihat sajalah dalam pilihanraya,jentera PAS adalah yg paling ramai dan komited berbanding Parti2 komponen lain dalam pembangkang.bukan sahaja utk menghadapi pilihanraya umum @ kecil semata-mata,sebalinya aktiviti harian yang berpanjangan.Di setiap kawasan dan tempat,wujud pelbagai aktiviti yg dianjurkan oleh PAS seperti gotong royong,majlis ilmu,aqiqah dll.walaupun seketika ini tiada satu pun parti pembangkang yang menang,sekurang2nya wujud sekolah PASTI bagi membuktikan wujudnya PAS di sesuatu kawasan.
Mungkin ada sesetengah org mengatakan,kemenangan PAS kali ini adalah disebabkan masalh dalaman di dalam UMNO itu sendiri..dan PAS dikatakan "menangguk di air yg keruh"dan dikatakan tidak ada kekuatan secara bersendirian.ada pihak telah memberi bukti dan data tanpa krisis dalaman UMNO ini PAS tidak akan menang dalam pilihanraya umum @ kecil.
Apa yang ingin saya bagitahu,mungkin ada sesetengah pihak terlupa bahawa ketika menikmati kejayaan dan kemenangan ini.majoriti ahli dan Kepemimpinan PAS menghadapi pelbagai keperitan dan tekanan hidup.Guru ditukar sekolah,kakitangan kerajaan ditukar jabatan,peniaga tidak mandapat kemudahan kedai,dibuang dari kerja,dianaktirikan dan yang paling hebat menghadapi ISA.perjuangan ini adalah jelas bukan sekadar untuk pilihanraya dan kuasa semata2.
Dan untuk bekas ahli pemimpin UMNO dan ahli2 dalam Pakatan Rakyat yang mendapat kuasa sebagai pemimpin pembangkang.apalah salahnya memberi sedikit nikmat bersama kepada ahli dan Pemimpin PAS.tiada siapa yg rugi!

Friday, July 18, 2008

Surat Untuk PAK LAH..

Surat terbuka untuk PM
Kepada Pak Lah,
Perdana Menteri Malaysia Boleh....... Blah
Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini......
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi
Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki
Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka
Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat......
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat
Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat
Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??
Tiap kali naik harga, dok banding sini sana ??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita......
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga
Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa
Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya
Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa
Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....
Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali
Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap
Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie
Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai
Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah
Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu
Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat
Cukup la sampai di siniTobat dah...
aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi...

Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat

Saturday, July 12, 2008

PROTES

Aku pegi hmpunan PROTES 678 ari tu,wlaupun yg hadir bleh dikatakan ramai tp bg aku hmpunan tersebut x dpt menyaingi hmpunan BERSIH..dan objektif hmpunan tersebut semacam lari daripada prgram..so,rmai yg berpendapat hmpunan tersebut gagal.apakah pendapat anda?